Space X : Lonjakan Terbesar Pengembaraan Angkasa Lepas


Apakah itu SpaceX?

Merujuk kepada spacex.com, ia adalah sebuah syarikat yang fokusnya adalah untuk merekabentuk, mengeluarkan dan melancarkan roket dan kapal angkasa termaju.

Ia ditubuhkan pada 2002 untuk merevolusikan teknologi angkasa, dengan tujuan utama untuk membolehkan manusia tinggal di planet lain sebagai contoh Planet Marikh. Menarik bukan?

Syarikat ini telah diasaskan oleh Elon Musk, bekas CEO Tesla Motor dan Usahawan Paypal dan ibu pejabat SpaceX terletak di Hawthorne, California, Amerika Syarikat.




Imej Sumber : Wikipedia.com


MINGGU LALU, 21 Disember 2015, abcnews.com melaporkan bahawa dunia telah menyaksikan pelancaran roket terbaru mereka Falcon 9 ke angkasa lepas dan berjaya mendarat di bumi. Ini telah menandakan satu lagi sejarah bahawa kali pertama roket berjaya dilancarkan dan terbang kembali ke bumi seterusnya mendarat dengan jayanya.

Menurut pengasasnya, Elon Musk, beliau menyatakan ketika diwawancara oleh pihak abcnews.com :
"Saya berpendapat ini adalah langkah penting menuju ke arah kewujudan kehidupan di Planet Marikh, ini adalah tujuannya selama ini." 

Komen saya?

Semestinya kejayaan ini bukan datang dengan mudah. Sudah pasti beberapa percubaan telah dilakukan untuk berjaya ke tahap tersebut. Kita juga seharusnya mengakui bahawa kejayaan mereka harus dicontohi oleh kita.

Tujuan projek ini dilakukan semata-mata hanya kerana untuk mewujudkan suatu lagi kehidupan di planet lain iaitu planet Marikh. Untuk itu, segelintir jutawan dan hartawan berlumba - lumba untuk mewujudkan koloni kehidupan di planet Marikh seperti Jeff Bezos seorang bilionaire Amazon melalui syarikatnya Blue Origin berjaya melancarkan roket dan mendarat di tapak pelancaran mereka di Texas, Amerika Syarikat.

Imej Sumber : reddit.com
Persoalannya mengapa kita benar - benar mahu mewujudkan sebuah lagi koloni kehidupan di planet lain? Adakah kerana planet bumi yang kita diami ini telah benar - benar sudah padat dengan kehidupan dan tiada lagi tempat untuk dihuni? Adakah kerana bumi ini telah tercemar dengan korasakan yg telah dilakukan oleh tangan - tangan manusia sendiri?

Saya merasakan bahawa bumi ini masih lagi luas dan banyak lagi tempat yang belum lagi diterokai sehingga kita mahu membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kehidupan di planet lain. Saya memuji kesungguhan mereka untuk mewujudkan koloni tersebut bahkan sekiranya berjaya ia merupakan faedah bagi seluruh umat manusia yang pastinya mereka yang mampu dan mempunyai wang sahaja boleh memperolehi keistimewaan untuk hidup di planet Marikh.

Untuk insan marhaen seperti kita ini sudah pastinya tidak mampu untuk ke sana. Target mereka untuk merealisasikan projek ini adalah pada tahun 2035. Pastinya saya sudah terlalu tua dan kalau membuat simpanan belum mampu untuk ke sana melainkan ditaja seperti Angkasawan Malaysia. 

Jadi pada pendapat saya, peliharalah dan jagalah bumi kita kerana saya pernah terdengar seseorang pernah menyatakan bahawa :

"Kita ini hanyalah meminjam bumi ini dari anak - anak kita, sampai masanya kita harus pergi dan memulangkan semula kepada anak - anak kita. Jadi, peliharalah ia agar anak cucu cicit kita tidak mengeji kita kerana bumi yang bakal mereka huni telah hancur binasa kerana kerosakan yang kita telah lakukan".

Sekian. :)

No comments:

Post a Comment